Saturday, 6 July 2013

Jualan Gudang OKBABY

Wow...selepas pergi Jualan Gudang KIKO, ternampak signboard OK BABY laks...
Singgah la kejap...Hasilnya SIAP sudah BORONG BAJU RAYA tahun ni!!
hehehe..



Wednesday, 3 July 2013

Jersi Man Utd






Tarikh melihat anak bulan Ramadan 1434H

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:
  • Pontian Kecil, Johor;
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
  • Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;
  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
  • Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
  • Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
  • Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
  • Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
  • Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
  • Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
  • Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
  • Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
  • Menara Kuala Lumpur;
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
-Bernama-

....Selamat Datang Ramadhan....

Jualan Gudang KIKO

Nak cari baju raya untuk anak-anak? Jom la ke jualan pakaian di
KILANG KIKO.Jualan hingga 7 jun jer tau! Opis hour lak tuh!!
Detail seperti dibawah!

Jln Industri PBP 13, Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor
GPS : 3.009368,101.622188 (lebih kurang laa..)



Selamat Bershopping!!!

Thursday, 27 June 2013

Bahang Hari Raya...

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi nak puasa yer?..Dah settle HUTANG lamer ke? Hehe...
Dah dekat puasa bisnes kuih muih raya pun bercambah la...Me pun nak promote la jugak.
Try ler order ngan ckembangcina.blogspot.com biskut dia memang best2...xrugi mencuba yer tuan puan.Dah habis sample biskut dia ku telan!!

Meh kita layan gambar biskut buatan tangan dier..

Coklat chip ni sedaap!!!

Almond Flakes ni rangup!! Stok me dah abih sorry...hehe



Cakcibo!?

Hmm...semalam baru tau apa itu cakcibo...Thanks to cercibor.blogspot.com
rupernyer sejenis binatang kecil yang terbang cam helikopter tu ek..PEPATUNG ler...



Sedikit info tentang cakciboi ni..

Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalatlebahsemut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.
Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.

Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru. Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur dalam permukaan yang baik. Telur tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa. Kebanyakan kehidupan pepatung diluangkan di dalam naiad (sejenis bentuk nimfa), di bawah permukaan air, menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkap invertebrata atau vertebrata lain seperti beruduikan dan lain-lain. Mereka bernafas melalui insang yang terdapat di dalam rectum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari anus secara tiba-tiba. Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.
Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun. Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa,ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung. Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagai kepompong akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan. Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya selama 4 bulan.

Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku. Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva.
Gambar-gambar menarik tentang pepatung adalah biasa dalam Art Nouveau, terutamanya dalam mereka bentuk barang kemas. Ia juga digunakan sebagai motif dekoratif pada fabrik dan hiasan rumah.

Banyak juga pasal cakciboi yang kita tak tau...Thanks to http://ms.wikipedia.org/wiki/Pepatung

Wednesday, 26 June 2013

u try i try..u goddathiss...

Since everyone try to be a blogger...aisey oh! my english laks..
Saja jer try main2 blog...
Kemana halatuju blog ini we'll see...